Selamat Hari Pekerja 2016.
So hari ini kebanyakkan dari kita bercuti. Saya sekeluarga tak bercadang kemana-manapun,rehat dirumah mertua di Felda Lepar Hilir 1 Kuantan. Kalau bab-bab hari cuti am ni saya selalu teringat zaman-zaman semasa bekerja hotel dan resort dulu.
Namakan segala cuti am yang ada di kalendar.Cuti Tahun Baru,Hari Pekerja,Merdeka.......dll.Semuanya saya dan rakan-rakan laluinya dengan tanpa bercuti dan yang paling perit adalah bekerja semasa hari RAYA.Saya teringat lewat 90an semasa berkhidmat disebuah Kondo Resort di Langkawi Kedah Darul Aman saya duduk sorang-sorang di cafe pekerja sambil dengar Pengumuman raya(part ni ok lagi).Tapi bila part TAKBIR RAYA tu yang tak mampu.Sekeras mana hati manusia tu saya rasa pasti akan terdetik satu perasaan halus yang mampu membuatkan air mata mengalir buat tuan yang empunya badan.Rasa-rasanya dah boleh agakkan apa yang berlaku selepas itu.Hee..heeee..!!
Namun bukan semua cerita sedih kalau bab-bab cuti ni.Sebenarnya kami yang terpaksa bekerja di hari-hari cuti am ni ada sedikit keistimewaan yang diberi oleh kerajaan.Tahu apa?Kami layak untuk mendapat bayaran double atau triple pay oleh majikan bergantung atas jenis cuti.Tu bab senyum meleret sampai ke telinga terutama bila dapat dan buka pay slip. Selalunya saya akan kumpul cuti dan ambil cuti panjang almaklumlah kami kebanyakkannya perantau.
Namun itu dulu,kini saya berkerja sebagai Penolong Pegawai Latihan Teknikal disebuah Kolej kemahiran di pantai negeri kelahiran saya.
So cuti tiga hari ni saya gunakan untuk top up stock Pekasam Daging Sedak Weiii!!!
Jumpa lagi.
0 comments: