RESEPI (pekasam daging + jeruk rebung )





MASAK LEMAK CILI API 
PEKASAM DAGING SEDAKK WEII

JERUK REBUNG

Hari nie berpuasa sunat khamis.. dalam hati berbicara nak berbuka dengan ape laa petang nanti... tertiba teringat jeruk rebung ade lagi dalam peti. Mai dah idea ..masak lemak cili api campoq pekasam daging ngan jeruk rebung mesti meletooppp punye... apa lagi start kete p cari santan ..hihihihi.... ok set mai nak story cara-cara nak masak masak lemak cili api pekasam daginng sedakk wei campoq ngan jeruk rebung.....

Bahan-bahan:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inchi halia
2 inchi kunyit hidup
15 biji lada kecik (ikut selera tak nak pedak kurangkan)
1 batang serai
daun kunyit
1 biji kelapa
1 paket jeruk rebung
1 keping asam keping
garam  dan gula secukup rasa

Cara masak

Mula rebus jeruk rebung dulu dah lembut sikit buang air nya.. 





pastu isi air sikit dan masukkan bahan tumbuk dan serai serta asam keping. (tumbuk bawang merah, bawang puth, halia, kunyit hidup dan lada kecik..)




Bile air dah mendidih, masukkan pula hirisan daging pekasam (masukkan sekali ngan beras goreng. jgn basuh pekasam daging yea). Biar sekejap bagi daging lembut..



 Bila agak2 daging dah lembut... masukkan santan.. kacau jangan biar tau..nnt pecah minyak plok..  masa nie nak taruk garam + gula pong boleh.. kacau kacau sampai masak... last sekali letak daun kunyit... 



ok la.... beginila rupa nye bile masak lemak cili api daging pekasam sedakk weii campoq jeruk rebung... haiisss tak sabaq nak berbuka sat g.... selamat mencuba yea kengkwn...







nak cari mana pekasam daging sedapppp???

mai contact kami di talian 0139119809/0129899672.. insha Allah puashati...


0 comments:

Copyright © 2013 DH MAHABBAH and Blogger Themes.